Program Softskills (Sheep) Kanak - Kanak Tabika KEMAS Kg Surau

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 March 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan program softskills (Sheep). Aktiviti diadakan di Masjid Uthman Bin Al Affan Kg Surau dan telah disertai oleh 12 orang peserta yang berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak , melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah dalam menghasilkan sheep dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika dan penduduk sekitar lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan. Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali